Saturday, April 26, 2008

KEMUDAHAN MENGGUNAKAN DATA SMM


Sila lawati blog ini untuk download utiliti yang dibangunkan menggunakan data pelajar dari Sistem Maklumat Murid. Semoga ianya dapat membantu memudahkan kerja-kerja anda.
www.myzy.blogspot.com

Saturday, April 19, 2008

BACKUP DATA SMM ANDA

PERHATIAN !!!
Pastikan anda sentiasa Backup Data SMM anda ke beberapa lokasi seperti Pendrive dll. Anda juga boleh meng'emel'kan data anda ke smmbesut@gmail.com sebagai stor rasmi kami petugas SMM Besut. Jadikan Backup Data sebagai rutin kerja anda.
Pesanan dari : Petugas Sistm Maklumat Murid Daerah Besut

PENYELIA HEM PPD BESUT


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penyelia HEM PPD Besut yang baru iaitu En. Nor Mazlan B. Alang Ahmad yang menggantikan En. Jusoh B. Ismail yang bertugas ke SK Oh [Guru Besar].Beliau yang bakal mengetuai SMM Besut disamping tugas-tugas yang lain adalah seorang yang begitu meminati dunia perkomputeran. Sememangnya perlantikan beliau akan memberi kelebihan kepada pengurusan PPD Besut amnya dan petugas SMM Besut khususnya. Kepakaran beliau dalam ICT adalah antara aset penting yang beliau miliki.
Pasukan Petugas SMM Besut mengucapkan selamat bertugas kepada Penyelias HEM PPD Besut, En. Nor Mazlan B. Alang Ahmad.

TAKLIMAT SMM / BMM UNTUK GURU-GURU BIASISWA SEKOLAH MENENGAH

Tarikh : 20 April 2008
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Tingkat 4, Bangunan Persekutuan Besut, Besut, Trg.

Taklimat ini bertujuan untuk mengemaskini data SMM bagi sekolah menengah susulan daripada Mesyuarat SMM peringkat Negeri yang telah diadakan pada 15 - 17 April 2008 bertempat di Megaview Hotel, Kuantan.
Antara perkara penting yang dikemukakan melalui taklimat ini adalah :
1. Enrolmen pelajar di dalam Sistem Maklumat mestilah sama dengan enrolmen pelajar di dalam EMIS
2. Data SMM pelajar tingkatan 1 mestilah dilengkapkan
3. Penyemakan ralat terhadap data yang diterima (16 April 2008) menggunakan Aplikasi Semakan Ralat SMM Besut Versi 5.0 Release 20 April 2008.

Friday, April 18, 2008

Sistem Semakan Data SMM Besut Versi 5.0.1

Sistem ini akan membantu guru-guru penyelaras SMM menyemak kesahihan rekod @ data murid yang telah dimasukkan. Rekod boleh terus dibaiki menggunakan aplikasi ini. Antara kemudahan yang terdapat dalam sistem ini ialah :

... klik pada gambar untuk zaiz yang lebih besar ...

1. Kemudahan semakan data ralat @ diragui kesahihannya.
2. Kemudahan semakan rekod yang belum diisi.
3. Kemudahan mengenalpasti anak@ pelajar dari keluarga yang sama.
4. Kemudahan baiki rekod secara auto.
5. Kemudahan pindah @ backup data ke pendrive, Portable HDD dan sebagainya.
6. Kemudahan Semakan Laporan Pelajar.

DOWNLOAD [Sistem Semakan Data SMM Besut Versi 5.0.1 - Latest Update]

Borang Maklumat Guru SMM Besut

Borang ini hendaklah diisi oleh semua Penyelaras SMM [Sistem Maklumat Murid] di semua sekolah di seluruh Negeri Terengganu. Pasukan SMMBesut mengambil inisiatif membangunkan aplikasi database agar proses untuk mendapatkan maklumat berkenaan Penyelaras SMM dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efisyen.
Untuk makluman semua penyelaras, Borang ini telah pun di emailkan ke semua sekolah. Diharapkan agar semua Penyelaras SMM dapat mengisi dan meng'emelkan semua kepada kami textfile secepat mungkin.
.....( Panduan pengisian, emel terdapat pada aplikasi berkenaan)

DOWNLOAD " APlikasi Borang Maklumat Guru SMM"
DOWNLOAD " Borang Kosong Maklumat Guru SMM dalam format.pdf"