Tuesday, September 2, 2008

Perhatian Kepada Semua Penyelaras SMM
Sila Pastikan Anda Sentiasa Backup Data SMM / BMM dan Data D0 Bagi Sekolah Anda

Tuesday, August 26, 2008

RUANGAN MUAT TURUN PERISIAN







1. Installer SMMVer3 - DOWNLOAD
2. Installer BMM - DOWNLOAD

Saturday, August 23, 2008

TAKLIMAT PEMURNIAN DATA SMM / BMM

TARIKH : 27 OGOS 2008 (RABU)
MASA : 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Tingkat 4, PPD Besut.

Perhatian :
Sila bawa bersama Laptop yang mengandungi data SMM sekolah tuan/puan
juga data pendaftaran tahun 1 / D0...

Terima Kasih
JU SMM BESUT

Wednesday, May 21, 2008

TAKLIMAT PEMURNIAAN DATA SMM DAERAH BESUT

Satu taklimat Pemurniaan Data SMM Daerah Besut telah diadakan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 20 Mei 2008
Tempat : Tingkat 4, Bangunan Pesekutuan Besut, Kg. Raja, Besut.
Masa : 2.30 petang

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Petugas SMM Besut.

Tuesday, May 20, 2008

MENGHANTAR DATA MELALUI EMAIL


Salah satu kemudahan yang kita gunakan di peringkat PPDBesut ialah penghantaran data Sistem Maklumat Murid melalui email. Bagaimana untuk melakukannya? Sila download langkah untuk menghantar data smm melalui email di bawah;


DOWNLOAD

Tuesday, May 13, 2008

BORANG MAKLUMAT MURID [ KOSONG]


.... klik pada perkataan DOWNLOAD di bawah untuk muat turun borang ini ...

Borang Maklumat Murid [kosong] untuk cetakan pihak sekolah untuk diagihkan kepada murid. Borang ini diisi oleh penjaga sebelum guru kelas memasukkan maklumat dalam borang tersebut ke dalam Sistem Maklumat Murid.
DOWNLOAD

Sunday, May 11, 2008

TAKLIMAT PEMURNIAN DATA SMM dan BMM

Tarikh : 2o MEI 2008
Tempat : Ting. 4, PPD Besut.
Waktu : 2.3o petang
Sasaran : GPK HEM dan Guru Penyelaras SMM Sekolah

Saturday, April 26, 2008

KEMUDAHAN MENGGUNAKAN DATA SMM


Sila lawati blog ini untuk download utiliti yang dibangunkan menggunakan data pelajar dari Sistem Maklumat Murid. Semoga ianya dapat membantu memudahkan kerja-kerja anda.
www.myzy.blogspot.com

Saturday, April 19, 2008

BACKUP DATA SMM ANDA

PERHATIAN !!!
Pastikan anda sentiasa Backup Data SMM anda ke beberapa lokasi seperti Pendrive dll. Anda juga boleh meng'emel'kan data anda ke smmbesut@gmail.com sebagai stor rasmi kami petugas SMM Besut. Jadikan Backup Data sebagai rutin kerja anda.
Pesanan dari : Petugas Sistm Maklumat Murid Daerah Besut

PENYELIA HEM PPD BESUT


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penyelia HEM PPD Besut yang baru iaitu En. Nor Mazlan B. Alang Ahmad yang menggantikan En. Jusoh B. Ismail yang bertugas ke SK Oh [Guru Besar].Beliau yang bakal mengetuai SMM Besut disamping tugas-tugas yang lain adalah seorang yang begitu meminati dunia perkomputeran. Sememangnya perlantikan beliau akan memberi kelebihan kepada pengurusan PPD Besut amnya dan petugas SMM Besut khususnya. Kepakaran beliau dalam ICT adalah antara aset penting yang beliau miliki.
Pasukan Petugas SMM Besut mengucapkan selamat bertugas kepada Penyelias HEM PPD Besut, En. Nor Mazlan B. Alang Ahmad.

TAKLIMAT SMM / BMM UNTUK GURU-GURU BIASISWA SEKOLAH MENENGAH

Tarikh : 20 April 2008
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Tingkat 4, Bangunan Persekutuan Besut, Besut, Trg.

Taklimat ini bertujuan untuk mengemaskini data SMM bagi sekolah menengah susulan daripada Mesyuarat SMM peringkat Negeri yang telah diadakan pada 15 - 17 April 2008 bertempat di Megaview Hotel, Kuantan.
Antara perkara penting yang dikemukakan melalui taklimat ini adalah :
1. Enrolmen pelajar di dalam Sistem Maklumat mestilah sama dengan enrolmen pelajar di dalam EMIS
2. Data SMM pelajar tingkatan 1 mestilah dilengkapkan
3. Penyemakan ralat terhadap data yang diterima (16 April 2008) menggunakan Aplikasi Semakan Ralat SMM Besut Versi 5.0 Release 20 April 2008.

Friday, April 18, 2008

Sistem Semakan Data SMM Besut Versi 5.0.1

Sistem ini akan membantu guru-guru penyelaras SMM menyemak kesahihan rekod @ data murid yang telah dimasukkan. Rekod boleh terus dibaiki menggunakan aplikasi ini. Antara kemudahan yang terdapat dalam sistem ini ialah :

... klik pada gambar untuk zaiz yang lebih besar ...

1. Kemudahan semakan data ralat @ diragui kesahihannya.
2. Kemudahan semakan rekod yang belum diisi.
3. Kemudahan mengenalpasti anak@ pelajar dari keluarga yang sama.
4. Kemudahan baiki rekod secara auto.
5. Kemudahan pindah @ backup data ke pendrive, Portable HDD dan sebagainya.
6. Kemudahan Semakan Laporan Pelajar.

DOWNLOAD [Sistem Semakan Data SMM Besut Versi 5.0.1 - Latest Update]

Borang Maklumat Guru SMM Besut

Borang ini hendaklah diisi oleh semua Penyelaras SMM [Sistem Maklumat Murid] di semua sekolah di seluruh Negeri Terengganu. Pasukan SMMBesut mengambil inisiatif membangunkan aplikasi database agar proses untuk mendapatkan maklumat berkenaan Penyelaras SMM dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efisyen.
Untuk makluman semua penyelaras, Borang ini telah pun di emailkan ke semua sekolah. Diharapkan agar semua Penyelaras SMM dapat mengisi dan meng'emelkan semua kepada kami textfile secepat mungkin.
.....( Panduan pengisian, emel terdapat pada aplikasi berkenaan)

DOWNLOAD " APlikasi Borang Maklumat Guru SMM"
DOWNLOAD " Borang Kosong Maklumat Guru SMM dalam format.pdf"